April 11, 2015

Cara untuk buka CDS account.

Ingat lagi tak post aku pasal Central Depository System? Account CDS yang membolehkan korang untuk trading dalam bursa saham Malaysia. Kali ni aku nak sambung balik cerita pasal pelaburan saham dalam Bursa Kuala Lumpur. Sebab aku rasa banyak lagi mereka-mereka yang masih tak tau pasal cara untuk melabur saham dengan cara yang betul. Jadi aku cuma nak berkongsi ilmu yang aku dapat ni dengan semua.

Apa yang diperlukan untuk buka Central Depository System Account? Ataupun dengan lebih mudah CDS account. Senang je. Apa yang korang perlukan adalah seperti kat bawah ni.

  1. Statement Bank. Statement bank ni perlukan pengesahan dari bank siap dengan cop. Maknanya, kalau  guna Maybank, CIMB, RHB, Public Bank ke, korang perlu ke bank untuk dapatkan cop bank dan tandatangan pegawai bank untuk pengesahan.
  2. Salinan kad pengenalan. Kalau nak senang, korang terus fotostat salinan kad pengenalan. Kalau tak pun boleh fotostat dekat bank yang korang nak buat account CDS. Selalunya diorang akan tolong fotostat kalau korang tak fotostat.
  3. Borang registration CDS account. Yang ni korang boleh isi di bank atau broker yang dipilih untuk buka CDS account. 
  4. Processing fee. Tak mahal. Cuma RM10. 

Antara Investment Bank atau broker yang boleh korang pilih untuk buka CDS account macam kat atas ni. Broker-broker kat atas ni diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Jadi, tak perlu ragu-ragu untuk buka CDS account melalui mereka.

Lepas tu tunggu, sehingga diberitahu yang account CDS anda telah aktif. 

Tak susah kan? Jadi ambil masa untuk buka account CDS. Nanti aku akan kongsi lagi info mengenai pelaburan saham. Insya Allah boleh kita berkongsi ilme sebab aku pun masih lagi belajar pasal pelaburan saham ni.

April 1, 2015

Online Shopping, cara paling mudah.


Shopping?


Sape yang rasa-rasa la kan, tak suka shopping? Aku rasa semua mesti suka shopping. Tapi kan, korang suka tak shopping yang paling mudah? Tak payah pergi dekat mall pun tapi kita dapat jugak beli barang yang kita nak. 

Mudah. 

Tak sangkut jem. Tak payah bayar parking. Tak payah bersesak-sesak dekat mall. Tapi yang penting kita dapat barang yang kita nak. Kan? Sebab tu trend shopping online sekarang ni makin popular. Ya ! Sangat popular. Sebab aku pun beli online. Senang. 


Sebab apa aku suka shopping online?
  1. Sebab dia best ! Hahahaha. Bagi aku memang best. Sebab apa? Sebab korang boleh dapat barang lagi murah dari retail kat luar. Memang terbukti. Kalau tak percaya? Boleh try shopping online. Kadang-kadang tu boleh dapat barang-barang exclusive lagi. 
  2. Sebab mudah. Senang. Click. Click. Berkenan je. Send to cart. Tapi jangan la sampai over budget pulak. Kan? Tak pasal korang pening pulak.
  3. Yang paling senang sebab korang tak perlu nak bersesak-sesak dekat mall. Parking? Traffic Jammed? Tu semua letak tepi. Memang tak ada masalah. Melainkan line internet korang jem. Yang tu memang masalah.
Trend shopping online kat Malaysia sejak kebelakangan ni memang menjadi-jadi. Dengan kemudahan internet yang laju. Dengan penggunaan tablet sana-sini. Dan juga keyakinan pembeli terhadap online shopping dah makin tinggi sekarang nie. Servis yang disediakan oleh syarikat-syarikat online shopping macam Zalora. Mudah, cepat dan selamat.



Apa tunggu lagi?

Jom shopping online !

p.s : Images source from Google Images.