Showing posts with label Pelaburan. Show all posts
Showing posts with label Pelaburan. Show all posts

May 29, 2016

Saham amanah, pendapat aku.

Dah banyak kali orang cadangkan aku untuk ambil saham amanah. Tak kira la, Public Mutual mahupun CWA. Sebab aku dah pernah ambil saham amanah tapi tak tolak daripada gaji. Cuma ambil melalui bayaran bulanan. 

Al-kisahnya, aku masuk dan beli saham amanah daripada CWA kalau tak silap aku saham amanah Dali Equity. Yang mana pada masa tu, boleh dikatakan price trend untuk saham amanah ni agak tinggi. Lebih kurang 20% dalam masa 3 tahun. Ya, pada mulanya aku tak tahu apa-apa pun pasal pasaran saham ni. Dan bila aku beli saham amanah sebanyak RM500 tapi nilai saham amanah dan juga ditolak dengan kos-kos lainnya. Nilai lebih kurang RM480. Sampai sekarang masih lagi berada di bawah RM500 seperti yang aku bayar pada mulanya.


Pendapat aku mengenai saham amanah.

Saham amanah merupakan salah satu cara untuk melabur saham tanpa perlu kita ambil tahu secara terperinci disebabkan pelaburan kita diuruskan oleh mereka yang berkelayakan dan berpengalaman seperti Public Mutual, CIMB-CWA, Manulife dan banyak lagi.

Saham amanah mempunyai kos-kos yang menyebabkan kita perlu tolak untuk kos pengurusan terhadap pelaburan kita. Kos-kos tersebut bergantung kepada bank yang kita ambil.

Semakin banyak kita simpan semakin tinggi keuntungan. Tapi untuk berapa lama. Adakah kita perlu untuk tunggu selama 10 tahun atau pun kita boleh capai nilai keuntungan yang sama kalau kita melabur dalam unit saham ekuiti.

Kita kurang pasti dengan kos-kos yang terlibat. Pengalaman aku bila aku bertanya pada agen-agen saham amanah, selalunya mereka kurang pasti dan tidak terangkan secara terperinci tentang kos-kos yang terlibat. Aku

masih ingat ketika mana aku tak tahu, aku beli saham amanah RM500, ingatkan nilai saham amanah tu RM500, rupanya kurang. Sebab kene tolak kos-kos lainnya.


Pendek kata, saham amanah ni kita wakilkan orang lain untuk mengurus duit kita tanpa perlu kita pening. Sebab semua tu diuruskan oleh mereka-mereka yang berkelayakan. Tapi setakat ni dalam setahun aku terlibat dalam pelaburan saham ekuiti. Aku rasa aku lebih berminat untuk urus duit aku sendiri. Dengan keuntungan yang aku dapat lebih dari 20% untuk masa setahun.

Konklusi:
  • Saham amanah diuruskan oleh Fund Manager.
  • Saham amanah terdapat kos-kos pengurusan.
  • Saham amanah boleh dikatakan 'hassle free' tak perlu pening-pening pasal untung rugi. Yang penting untung.
  • Keuntungan sesuatu saham amanah itu bergantung kepada fund manager.

P/S : Sebarang komen amat dialu-alukan.

May 19, 2016

PAVREIT dan AAX dah jana keuntungan lebih 20% untuk pelaburan aku

Paling last aku berkongsi pasal pelaburan saham pada tahun lepas.

Kali ni aku rasa aku nak berkongsi tentang hasil pelaburan aku dalam dua ekuiti saham. Untuk pengetahuan korang aku mula melabur dalam saham ekuiti ni pada tahun lepas dan aku rasa hasil dengan melabur saham ni kalau kita betul-betul faham boleh membuahkan hasil yang lagi elok dari hasil dividen yang selalu kita harapkan dari ASB.

Aku banyak membaca buku yang digunakan oleh Warren Buffet dalam "Value Investing". Mungkin aku akan kongsikan dalam entry-entry akan datang.

Berikut aku kongsikan dua ekuiti yang dah bagi pulangan pada aku lebih dari 20%.

PAVREIT



Aku beli ekuiti ni tahun lepas. Pada ketika itu ekuiti ni berharga RM1.52 per share. Kriteria pemilihan aku untuk ekuiti ni adalah Pavilion Mall. Bagi seorang yang masih baru lagi dalam dunia pelaburan, pengalaman aku belum cukup dalam untuk mengenali syarikat tersebut. Jadi kriteria pemilihan aku bila mengikut teknik Warren Buffett adalah dengan menggunakan consumer monopoly. Amnya, memang aku tahu yang Pavilion Mall, Bukit Bintang memang tak pernah ada kosong dan boleh dikatakan hampir 90% kedai disewa. Jadi aku pun beli la ekuiti ni dengan cara mudah apabila tengok keadaan Pavilion Mall sahaja.

Dalam masa setahun, ekuiti ni dah meningkat pada harga RM1.80 per share. Kenaikan sebanyak 28% daripada harga asal tahun lepas.

AAX



Kalau korang masih ingat, pada tahun lepas salah satu kapal terbang milik Indonesia Air Asia yang kemalangan di Lautan Jawa. Dan pada ketika itu juga ekuiti untuk Air Asia menjunam ke tahap yang paling rendah. Tapi pada waktu tu aku tak cukup kewangan untuk beli ekuiti masa tu. Jadi bulan lepas aku beli ekuiti Air Asia pada harga RM0.315 per share. Harga terkini adalah pada RM0.41 per share. Peningkatan sebanyak 30% dalam masa sebulan.

Kriteria yang aku tengok untuk Air Asia X ni, sebab yang paling utama adalah kos penerbangan yang murah. Dan sentiasa menjadi pilihan orang ramai. Kalau nak dibandingkan dengan syarikat-syarikat penerbangan lain yang agak mahal. Jadi untuk ke luar negara, mereka masih memilih untuk menaiki Air Asia X. Ini berbeza dengan Air Asia sebab untuk AAX cuma menawarkan penerbangan ke berberapa buah negara sahaja.


Jadi, bila aku tengok revenues untuk AAX ni consistent dan sentiasa meningkat. Dan berpontensi untuk mencapai harga yang lebih dari RM0.50.

Setakat ini, kedua-kedua ekuiti ni masih lagi mengekalkan tempo yang sama. Tapi apa yang penting bukan kita menjana keuntungan dalam masa yang singkat. Bagi aku, "value investing" yang digunakan oleh Warren Buffett adalah konsisten. Dan aku rasa kedua-dua ekuiti ni berpontensi untuk pergi lebih jauh.


Boleh rujuk entry untuk KOS MEMBELI SAHAM.

August 18, 2015

Tips pelaburan oleh Financial Advisor Bank.


Pagi tadi aku singgah ke satu bank ni. Temankan seseorang nak tanya pasal account bank. Sekali bila dah jumpa dengan salah seorang financial advisor, En. Fuad, pastu mula la bercerita pasal investment ataupun pelaburan. Aku sendiri pun dah ada juga buat pelaburan sikit-sikit. Antara yang disebut pagi tadi.
  • Jangan letakkan duit dalam satu account. Kalau boleh untuk pelaburang dibahagi-bahagi kan.
  • Gunakan formula 4-3-2-1. Dah macam bola la pulak kan. Tu maksudnya 40% kalau boleh letakkan dalam satu account yag bagi pulangan tetap. Contoh macam Fixed Deposit. 30% dan 20% boleh letak dalam Tabung Haji ataupun ASB. 10% lagi tu kita boleh la letakkan dalam pelaburan berisiko tinggi macam stock market ataupun unit trust.
  • Kalau ada kelebihan, apa salahnya kalau beli emas. Untuk protect kita punya kewangan. 
Alhamdulillah. Setakat ni aku dah cuba untuk diversified pelaburan aku. Sekarang ni terlalu banyak yang orang cadangkan untuk pelaburan. Hartanah, emas, saham dan banyak lagi bentuk pelaburan yang ada sekarang ni. Yang penting bagi aku korang tahu apa yang korang buat. 


Sebab apa? 

Sebab kita yang perlu control duit kita. Yang penting ilmu je yang kita kena cari. Betul tak?

April 18, 2015

Kos membeli saham di Malaysia

Sebelum memulakan satu pelaburan antara yang perlu dititik beratkan adalah modal. Ya modal. Tak kira kalau kita nak melabur dalam apa-apa jua pelaburan. Tak kira la saham ke hartanah ke. Sudah pasti kita perlukan modal.


Berapa banyak modal yang diperlukan?

Bagi aku terpulang. Pada aku kalau kita bermula dengan modal kecil. Itu tak menjadi masalah. Tapi perlu kita ingat yang kita perlu mengambil kira semua perbelanjaan yang merangkumi semua. Contohnya pelaburan saham,

  1. Kos seunit saham. Dekat Malaysia kita perlu beli 1 Lot = 100 unit.
  2. Kos brokerage fee. Sekarang ni dah kena tambah 6% GST.
  3. Stamping fee.
  4. Clearing fee.
Banyak juga fee tu kan? Semua tu terpulang kepada berapa banyak nilai transaksi kita. Makin tinggi makin mahal. Makin untung. Tapi untuk pelaburan saham tidak lah setinggi kalau kita nak melabur hartanah. Yang aku rasa perlukan modal lagi besar. Sebab untuk memiliki satu hartanah banyak lagi yang perlu dibayar. Tapi tak bermaksud kita mengelak dari memiliki hartanah. Bagi aku, setiap orang perlu ada hartanah sendiri walaupun satu. Insya Allah.


Tapi kat sini aku nak berkongsi ilmu aku mengenai pelaburan saham. Sebab ramai lagi masih tak tau yang pelaburan saham ni bukan lah susah. Cuma kita tak tahu macam mana nak mulakan. Jadi, kat sini aku share apa-apa yang aku pelajari. Mungkin kalau ada sifu-sifu di luar sana yang nak tambah. Boleh la komen ye. Sama-sama kita belajar. Insya Allah.

p.s : Google Images.

April 11, 2015

Cara untuk buka CDS account.

Ingat lagi tak post aku pasal Central Depository System? Account CDS yang membolehkan korang untuk trading dalam bursa saham Malaysia. Kali ni aku nak sambung balik cerita pasal pelaburan saham dalam Bursa Kuala Lumpur. Sebab aku rasa banyak lagi mereka-mereka yang masih tak tau pasal cara untuk melabur saham dengan cara yang betul. Jadi aku cuma nak berkongsi ilmu yang aku dapat ni dengan semua.

Apa yang diperlukan untuk buka Central Depository System Account? Ataupun dengan lebih mudah CDS account. Senang je. Apa yang korang perlukan adalah seperti kat bawah ni.

  1. Statement Bank. Statement bank ni perlukan pengesahan dari bank siap dengan cop. Maknanya, kalau  guna Maybank, CIMB, RHB, Public Bank ke, korang perlu ke bank untuk dapatkan cop bank dan tandatangan pegawai bank untuk pengesahan.
  2. Salinan kad pengenalan. Kalau nak senang, korang terus fotostat salinan kad pengenalan. Kalau tak pun boleh fotostat dekat bank yang korang nak buat account CDS. Selalunya diorang akan tolong fotostat kalau korang tak fotostat.
  3. Borang registration CDS account. Yang ni korang boleh isi di bank atau broker yang dipilih untuk buka CDS account. 
  4. Processing fee. Tak mahal. Cuma RM10. 

Antara Investment Bank atau broker yang boleh korang pilih untuk buka CDS account macam kat atas ni. Broker-broker kat atas ni diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Jadi, tak perlu ragu-ragu untuk buka CDS account melalui mereka.

Lepas tu tunggu, sehingga diberitahu yang account CDS anda telah aktif. 

Tak susah kan? Jadi ambil masa untuk buka account CDS. Nanti aku akan kongsi lagi info mengenai pelaburan saham. Insya Allah boleh kita berkongsi ilme sebab aku pun masih lagi belajar pasal pelaburan saham ni.

March 29, 2015

Pelaburan yang terbaik? Yang mana satu?


Pelaburan.


Perasan tak yang sejak kebelakangan ni, banyak sangat isu-isu pasal pelaburan. Tak kira la, pelaburan hartanah ke, emas ke, FOREX ke. Banyak lagi la. Kalau nak senarai tu. Macam-macam jenis pelaburan yang kita dengar.

Dan baru-baru ni jugak kecoh pasal pelaburan emas yang menipu. Masuk modal contoh nya RM1000. Pastu bulan-bulan dapat RM200 selama 2 tahun. Untung kan? Tapi last-last sangkut jugak. Kena main kat pengelola. Aku pun ada jugak tersangkut. Time masuk dulu aku langsung tak nilai risiko. Kira nak cepat dapat untung je. Last-last tertipu. Tapi itu lah Lesson Learn.

Bila berborak, lepak minum mesti ada isu pasal nak cari duit lebih. Side income. Ya betul. Semua orang perlukan side income. Tambah-tambah pulak sekarang ni kos hidup makin tinggi. Orang pun makin ligat mencari sumber kedua, yang mana sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan harian.

Tapi kan. Apa bentuk atau cara untuk kita menjana ekonomi?

Agak-agak korang?

Aku bukan pakar dalam bidang ni. Ramai lagi yang lebih pakar. Pakar hartanah. Pakar saham. Pakar ASB. Pakar Emas. Banyak lagi la. Tapi yang mana satu yang boleh bantu anda untuk menjana sumber kewangan? 

At least la kan, dapat counter balik kadar inflasi yang boleh kata tinggi jugak la sekarang ni.

Seronok jugak kalau korang dapat berkongsi kan. Sharing is caring. :)

January 24, 2015

Apa itu Central Depository System (CDS) ?

Apa itu CDS account?

CDS bermaksud Central Depository System. Tujuan CDS ni adalah untuk kita letak duit kita untuk kita membuat pembelian dalam Bursa Saham. Kalau kat Malaysia dengan bahasa mudah BSKL. Sebab kalau kita ada duit sekalipun, kita tak boleh nak pembelian kalau tak ada akaun CDS ni.


Baru-baru ni aku baru sahaja buka akaun CDS dekat RHB Investment Bank. Mudah dan cepat. Segala yang aku nak tau dijelaskan oleh kakitangan RHB tu sendiri. Sampaikan setiap detail pada surat aggreement pun diorang explain satu-satu. Supaya aku senag faham.

Yang tu baru betul, sebab sebelum ni aku pernah terkena dengan seorang agen mutual fund. Yang langsung tak explain apa yang perlu aku sign. Yang penting aku sign. Salah aku jugak sebab tak particular pasal tu. Last-last bank hantar surat sebab nak tolak duit dalam akaun aku. Padahal kalau ikut pada awal mula aku sign agreement aku dah cakap siap-siap kat agen yang aku memang tak nak buat penolakan direct dari akaun bank. Dah cakap pun macam tak peduli je. Macam tak respect customer la pulak kan?

So, bila dah ada akaun CDS ni boleh la start trading. Yang penting sebelum start trading tu kena belajar dulu. Aku pun masih lagi belajar untuk faham. Ilmu perlu dicari untuk berjaya. 

Kan?