Ramai yang tanya aku pasal GoPro ni. Sebab sekarang dah ramai yang nak pakai GoPro ni. Tapi masalahnya tak tau nak beli yang mana. GoPro Hero 3+ Black edition ke atau model yang paling baru GoPro Hero 4. Kalau nak komen pasal Gopro Hero 3+ memang aku tak tau macam mana. Sebab aku tak ada pengalaman guna Gopro Hero 3+, tapi kalau Hero 4 aku memang berpuas hati.
Sebelum aku beli GoPro Hero 4 Silver Edition hari tu. Lebih kurang sebulan juga la aku buat survey. Tapi bukan hands on survey sebab kat kedai Gopro ni memang tak dapat la nak hands on survey. Melainkan kalau test yang member punya tu lain cerita. Aku banyak bandingkan GoPro dengan Sony Action cam sebab pesaing paling hebat la kiranya. Brand lain macam Garmin Vibe pun aku compare juga.
Antara sebab aku pilih GoPro Hero 4 Silver Edition.
- Harga. GoPro Hero 4 RM 1499++. Kalau beli GoPro Hero 3+ Black Edition lebih kurang RM1300++. Beza harga tak jauh. Sebab tu aku ambik Hero 4.
- LCD screen. GoPro Hero 3+ memang tak ada LCD screen. Kalau nak jugak kena beli LCD screen BACPAC (RM499++). Memang mahal. Hero 4 dah memang built in. So tak payah nak beli LCD screen.
- Sound quality. Improvement dari model Hero 3+. Sebab kale dull memang sound dari Hero 3+ miming tak jelas. Banyak video dalam Youtube orang komen pasal sound yang tak jelas. Tapi Hero 4 aku ambik video time member aku jamming memang tak ada masalah. Clear. Sangat jelas.
- Night Lapse mode. Walaupun malam. Korang still boleh ambik gambar Time Lapse dengan mode Night Lapse nie. Memang cantik. Aku pernah try, dalam keadaan yang sangat gelap. Aku guna ISO 800 untuk ambik night lapse.
Dari segi kualiti video memang sama. Sebab kedua-dua GoPro ni mmempunyai kualiti video yang sama setinggi 4K,15fps. Memang cantik. Tapi satu je masalahnya, kalau video resolution tinggi 4K ni kalau nak tengok kat laptop atau komputer kena spec tu tinggi. Takut nanti bila nak tengok video tu lekat-lekat pulak nanti.
Nanti aku akan kongsikan lagi tips-tips GoPro.

