Showing posts with label aizatshafiq. Show all posts
Showing posts with label aizatshafiq. Show all posts

February 11, 2016

Kadar kompaun saman tak patut dinaikkan. Pendapat aku.

Kadar kompaun saman bakal dinaikkan?

Patut ke tak patut? Pendapat aku, kerajaan atau pun pihak yang mempunyai kuasa dalam mengubal undang-undang kesalahan trafik patut mempertimbangkan banyak perkara. Sebab bagi aku dengan cara menaikkan kadar kompaun saman seolah-olah meletakkan kesalahan semata-mata kepada pengguna jalan raya yang menyebabkan kemalangan.


Situasi 1
Agak-agak kalau kereta tu bawa dengan halaju 60km/h tapi jalan tu had laju 110km/h. Lepas tu pula jalan pula dekat lorong sebelah kanan. Kita yang bawa kereta pun potong la kereta tu. Salah kita ke? Yang aku tahu, bila aku potong lebih sikit 140km/h dah confirm-confirm kena saman. Boleh bela diri ke kalau kita cakap kita tengah memotong kereta perlahan?

Situasi 2
Jalan satu lane. Lepas tu bas, lori berderet kat depan. Kita potong. Had laju 90km/h. Time kita potong, 110km/h. Kena saman. Macam mana pula tu. Sebab aku tak ikut belakang lori tu aku salah ke? Bukan ke lagi bahaya kalau ikut belakang lori?

Tu pendapat aku. Sebab aku rasa RM300 pun tak semua dah settlekan saman. Inikan pula, kalau saman dinaikkan sampai RM500. Dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin menghimpit rakyat. Aku rasa memang tak patut. Banyak lagi yang patut dipertimbangkan. Apa salahnya kalau saman tu digantikan dengan khidmat masyarakat? Yang aku rasa lagi memberi banyak manfaat daripada dikenakan bayaran kompaun. Lepas tu settle. Pastu buat lagi. Pastu bayar lagi.

Ke sebab duit tu lagi bernilai? Bukan nak mendidik. Satu lagi persoalan, duit saman tu ke mana agaknya? Untuk PDRM je ke? Ke mana agaknya perjalan duit saman yang kita bayar tu ye. 

Bagi aku, PDRM tak perlu kecewa. Sebab kalau dah kompaun naik tu, faham-faham je la. Sebab apa yang PDRM perlu kecewa? Sebab bagi aku PDRM perlu kaji apa punca kemalangan sebenarnya. Banyak faktor-faktor lain yang perlu dikaji selain dari terus menyalahkan pengguna jalan raya semata-mata.

Mungkin kalau nak kurangkan kadar kemalangan, perlu kurangkan bilangan kereta atas jalan raya? Dan aku rasa memang betul-betul akan kurang kadar kemalangan tu nanti.

Allahualam.





January 5, 2016

Selamat Menyambut Tahun Baru 2016

Selamat menyambut tahun baru 2016. 



Terlambat sikit aku nak wish kat semua pembaca blog aizatshafiq.com ni. Maklum la, sibuk sikit. Tak sempat pulak nak mengadap blog. Sekarang ni kalau ada yang perlu aku kongsikan akan aku kongsikan. 

Bila dah masuk tahun baru 2016, mesti penuh berkobar-kobar kan. Macam azam dan targer nak capai untuk tahun ni betul tak? Tapi yang tahun lepas berjaya tak? Alhamdulillah, kalau dapat capai apa yang kita azam kan tahun lepas. Semoga tahun ni lebih baik daripada tahun lepas.

Apa yang aku perhatikan, tahun ni tahun yang amat mencabar bagi kita. Dengan kenaikan kadar inflasi yang tinggi, dengan kos hidup yang makin mencanak naik tak turun-turun. Jadi semua tu kena la kita bersedia untuk menghadapi semua tu.

Aku pun kena muhasabah balik diri aku ni. Banyak lagi yang nak kena perbetul. Semoga kita sama-sama berusaha menjadi ke arah yang lebih baik InsyaAllah.

September 15, 2015

Celcom Broadband Terminated !


Akhirnya aku terpaksa terminate  account Celcom broadband yang aku dah pakai sejak tahun 2009. 

Sebab apa?

Dulu time aku belajar, aku ambik pakej student time tu RM50 untuk 5gb. Memang tak dapat la pakej tu sekarang kan. Tapi nak tak nak aku terminate jugak. Sebab bil bukan RM50 dah. Sekarang RM70. Tambah GST lagi. Pastu ade charge-charge la in pulak. Jadi macam tak berbaloi pulak. 

My option? 

Terminate je la account tu. Nanti baru cari the best service provider with the best benefits. 


September 12, 2015

Entry yang ke-1000 aizatshafiq.com


Alhamdulillah. Entry aku dah cecah 1000 post. Tak sangka. Sejak mula-mula aku post entry Oct 2008. Baru sekarang cecah 1000 entry. Walaupun ramai lagi yang rasanya la kan. Dah lama dah cecah entry ke-1000 ni. 



Agak-agak kalau aku buat contest okay tak?



September 4, 2015

Tersesat di Masjid Jamek, Kg. Baru


Dah lama jugak aku tak singgah dekat Masjid Jamek, Kg Baru. Baru-baru ni aku singgah nak solat Asar. Tapi boleh tersesat sampai ke pintu masuk ke saf wanita. Nak cari tandas pulak tak jumpa-jumpa. Yang jumpa tandas perempuan. Adoi. Berpusing satu masjid aku hari tu. 

Nasib baik la ada sorang Pak Cik ni tunjuk jalan kat aku. Rupanya memang pintu masuk dah berubah. Susun atur masjid pun dah berubah. Macam gambar kat bawah tu. Dah makin cantik-cantik dah. Siap ada basement. 



Cari punya cari jumpa laa tandas. Kat basement. Tu pun lepas pusing satu masjid. Sebab cari sign board tak jumpa. Memang makin selesa la masjid ni. Rasanya lama jugak masa yang diambil untuk renovation ni. Memang lain sangat. Apa-apa pun yang penting jemaah makin selesa. Alhamdulillah.

August 31, 2015

Touchdown !


Alhamdulillah. Dah selamat sampai KL. Chopper dari Platform sampailah travel ke KL. Semuanya selamat. Cuma hari ni banyak kereta pula atas jalan. Ramai jugak yang ambik kesempatan cuti 3 hari ni ye. 


Sampai je darat tengok dalam Facebook ramai member-member yang dah melangsungkan perkahwinan. Tahniah. Yang mana yang menjemput tu maaf la ye. Tak boleh nak datang. Sebab baru turun hari nie. 

Esok dan lusa aku ade exam pulak. Fuhhh.

Gambar macam takde kaitan la pulak. Hahaha.

August 19, 2015

Working Mode : ON !


Cepat je masa ni kan. Pejam celik. Pejam celik. Dah dua minggu. So, aku dah kena tukar balik mind set. Nak balik kerja. Ni namanya Thursday blues. Sebab esok, Khamis crew change aku. As usual.

Barang pun dah pack. Tunggu nak masukkan dalam kereta je. Malam ni drive ke Kerteh. Mood time-time macam ni la yang nak layan kepala sikit tu. Hahaha. 

August 17, 2015

iPhone 5s aku buat hal. Petanda kena tukar iPhone 6 ke?


Sepanjang pagi aku tak dapat line. Maxis. Aku ingatkan mungkin area Ukay Perdana ni problem la agaknya. Kot. Sebab tu tak dapat line. Budak-budak rumah pulak semua pakai Celcom. So, memang aku agak yang Maxis memang problem pagi tu.effffv

Bila dah keluar sampai ke Damansara masih jugak tak dapat line. Pelik? Takkan la dari area Ukay Perdana sampai ke Damansara line masih bermasalah. Aku buat tak tau je lagi. Tapi rasa pelik jugak sebab aku tengok orang lain rilek je main handphone. Diorang semua pakai Celcom ke. 

Tak puas hati. Aku try tanya brader yang kerja dekat Harvey Norman, IPC. Sekali dia tunjuk yang line Maxis dia okay je. Ahh. Sudah. Sim card problem? Mula la cari Maxis centre paling dekat. Dekat E-Curve. 

Bila staff Maxis test sim card aku. Rupanya okay. Tak ada masalah. iPhone aku masalah? Dah mula terfikir yang nak ambik iPhone 6 dah time tu. Hahaha. Last-last aku balik rumah. Sambung kat Macbook, terus update iOS. Sekali okay laa. Rupanya aku tak habis update semalam. Tu yang hang tu. 



Ingatkan dah kena tukar iPhone 6 dah? Hehehe.

August 10, 2015

Dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu


Alhamdulillah. Dah selamat sampai ke Kota Bharu. Walaupun hari ni macam-macam yang jadi sebelum aku nak gerak tengah hari tadi. Tayar bocor la. Walaupun sebenarnya tak bocor, yang bermasalah pam tayar tu. Lepas di bagi tahu oleh bangla yang tengok aku tukar tayar tu. Bila dah habis tukar tayar baru nak bagi tahu yang pam tu rosak.

Tapi sempat jugak la aku gerak ke KLIA 2. Ambik LRT kat KLCC terus ke KL Sentral terus ke KLIA 2. Sampai-sampai je KLIA 2, solat zohor terus masuk departure hall. Memang tak rehat la. Tapi bila sampai kat Gate K2 KLIA 2. Flight pulak delay. Setengah jam. 

Nak tak nak. Layankan aje.


Hari ni punya flight bergegar sikit. Turbulence katanya. Memang kuat jugak la gegaran dalam flight. Sampaikan aku pun tak boleh terlelap. Last-last layan teh tarik. RM 5. 

Layan kan aje. Lima hinggit pun lima hinggit la. Sebab tak sempat nak minum lepas tukar tayar tengah hari tadi. 


Touch down kat Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Sampai jugak akhirnya.  Rupanya kat Kota Bharu ni cuaca mendung dan berawan. Tu yang bergegar sikit tu. Apa-apa pun Alhamdulillah dah selamat sampai. 


August 8, 2015

KL City Grand Prix 2015


Buat pertama kali, KL City Grand Prix diadakan kat Malaysia ni. Race dalam bandar. First time aku tengok. Kebetulan semalam ke KLCC. Singgah la jenguk-jenguk jugak. Time tu free practice untuk kereta Lamborghini Super Trofeo Cup. Semua Lamborghini. Ada Huracan dengan Gallardo. Memang terbaik la. Bunyi bising bagai. 

So, apa lagi. Keluarkan GoPro. Ambik gambar la. Yang paling best bila aku ambik pakai GoPro ni angle cantekkk punya. Sebab pakai pole. Boleh la sumbat dekat-dekat dengan gate sket. Jadi tak nampak sangat la ambik luar gate. 





Tapi kalau tak silap aku kena tiket walaupun nak berjalan kat race area. Tapi semalam macam tak ade je. Ke memang susah nak control crowd? Hahaha. Kalau ade drone rasenye lagi syok ambik gambar aerial view ni. 

July 19, 2015

Raya Pertama dan Kedua 1436H.

Selamat Hari Raya. 

Baru berkesempatan nak buka blog. Dua-dua hari langsung tak sempat nak sentuh laptop. Maklum la kan, tahun lepas tak beraya. Jadi tahun ni pulun habis. Hahaha. Tahun depan belum tentu lagi kan. Jadi tahun ni kita raikan dulu. Nak taip panjang-panjang pun rasa dah malas. Upload gambar je la sudah. 

1st Day Raya




2nd Day Raya.






Semua tu aku ambik dengan iPhone 5s dengan GoPro Hero4 Silver sekali dengan QuikPod. Penting jugak GoPro ni sebenarnya. Bila nak ambik ramai-ramai ruang pulak terhad. Wide angle. Memang tak kecewa lah. Tak payah nak bawak DSLR besar-besar. Hehehe.  

Nanti sambung untuk 3rd Day Raya pulak.

April 7, 2012

Traffic 2,253 dalam sehari?


Traffic 2,253 dalam sehari? 

Tapi tu dulu la. Dalam tahun 2010. Bila aku dah stop blogging pertengahan tahun lepas mungkin akan ambik masa yang lama untuk mencapai prestasi dulu. Jadi kena la merangkak balik dari bawah. Kalau dulu, aku ni memang seorang yang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan sebab time tu tak kerja lagi. Jadi dengan blogging jugak lah aku cuba untuk jana pendapatan sampingan selain tambah kenalan dalam dunia blog.

Masih ingat ketika itu, ramai blogger-blogger yang baru nak menjinakkan diri macam Yuyu Zulaikha. Masa tu kalau tak silap aku Yuyu baru nak menjinakkan diri dalam dunia blog. Tapi sekarang populariti Yuyu Zulaikha pun dah meningkat. Korang sendiri pun tahu kan? 

Tapi tak kurang jugak blogger yang dulunya aktif, sekarang dah kurang aktif. Kalau korang pernah singgah kat blog Ery Farieha mungkin korang tau yang dia ni aktif dulu. Ajwin Ajeera, dah lama jugak menyepi, tapi sekarang baru nak kembali ke dunia blogging. Silalah jenguk-jenguk ya. Tak kurang jugak Zack Zuhairi yang followers nya hampir 25k orang. Tapi dah lama jugak tak update.

Mungkin masing-masing dah sibuk dengan tugas masing-masing. Aku pun dulu sejak dah masuk kerja tak punya masa untuk update blog. Tapi sekarang aku akan cuba pastikan blog aku berupdate setiap kali aku ada di darat. Susah sebenarnya nak tinggalkan dunia blogging ni. Tambahan pulak semakin hari semakin ramai yang menjadi bloggers. Jadi semakin lama semakin ramai kawan yang bertambah. 

Cheers. Keep blogging guys !

Header baru aizatshafiq[dot]blogspot


Akhirnya berubah jugak header blog ni. Aku rasa dah dekat setahun jugak aku guna header yang lama.


Header dulu pun simple jugak. Mungkin ada perubahan sikit kalau nak dibandingkan dengan header yang dulu. Untuk header baru kali ni aku buat simple je. Tak fancy-fancy sangat. Sebab aku lebih sukakan simple dan mudah difahami. Cuma nak tunjukkan apa identiti blog aku yang sebenar.


Apa yang aku tekankan kat situ, blog aku dan juga tagline Everything Written Here. Aku rasa dah lama jugak aku gunakan tagline tu. Sejak dari mula-mula lagi aku blogging start pada tahun 2008. Tapi time tu tak lah aktif macam tahun 2010. Biasa la kan. Blog aku pun dah kali ketiga tukar nama. Mungkin sebab tu susah nak kekalkan prestasi blog aku.

Antara nama blog ni yang dah bertukar 3 kali :

1. http://apieceofaword.blogspot.com
2. http://www.aizatshafiq.com

Dan aku rasa mungkin aku akan kekalkan dengan yang ketiga tu. Insyaallah.