Showing posts with label Pelik Tapi Benar. Show all posts
Showing posts with label Pelik Tapi Benar. Show all posts

August 23, 2010

Hamster Racing | Pelik Tapi Benar

Kalau dulu kita selalu je dengar apa itu F1 Grand Prix. Apa pula perasaan kita bila tengok Hamster Grand Prix? Kenal tak Lewis Hamilton dan Jenson Button? Tapi kita kenal tak pada Lewis Hammy dan Jenson Button Nose?

Lokasi di Adventure Valley di Brasside berdekatan dengan Durham merupakan rumah kepada Lewis Hammy, Micheal Chewmacher, Rodent Barrichello dan juga Jenson Button Nose. Setiap jenis hamster ni mempunyai kereta mereka sendiri,yang mana rupa bentuk kereta lumba yang digunakan untuk berlumba di trek sejauh 5 meter.


Pemilik tempat itu, Marco Calzini menyatakan bahawa, hamster-hamster disitu suka berlumba dan selalu membuat latihan perlumbaan. Perlumbaan yang agak mencabar apabila setiap hamster akan berusaha sedaya upaya untuk menang. Dalam perlumbaan ni turut mempamerkan live commentator sehingga la tamat perlumbaan.


Perlumbaan yang menyeronokkan dan menghiburkan. Bila la Malaysia nak buat race macam ni pula. Mesti best kan. Kalau orang luar ni, macam-macam yang diorang buat. Ada je yang diorang nak buat kan. Sungguh kreatif.




August 16, 2010

Kucing bertelinga empat

Ni la yang dikatakan kejadian alam apabila seekor anak kucing, Luntik yang berusia 3 bula memiliki 4 telinga. Kucing yang tinggal di sebuah garaj di Vladivostok, Russia memiliki 2 pasang telinga dihadapan telinga yang sebenar.



July 31, 2010

Lamborghini dan Koenigsegg pun kena clamped di Kota London

Undang-undang tidak mengenal pangkat atau darjat...Tu yang berlaku bila pemilik baru Harrods yang bernilai 1.5 billion pound telah di"clamped" pada kereta mereka...Kereta yang kena clamp pulak bukan sebarangan kereta...Kereta Lamborghini Murcielago LP670-4 SuperVeloce yang bernilai 350,000 pound and juga Koenigsegg CCXR yang hanya 6 buah dalamdunia bernilai 1.2 juta pound.


Pemilik kenderaan ni dikehendaki membayar 70 pound untuk release fee...Lepas tu sebanyak 40 pound hingga 120 pound untuk denda...Kalau dibandingkan dengan nilai kereta tu teramatlah kecil...Nasib baik tayar kereta tak rosak semasa di clamped...maklumlah tayar kereta Koenigsegg yang dibuat daripada carbon-magnesium tu bernilai 3,000 pound setiap satu...


Kekayaan keluaarga diraja Al-Thani dianggarkan sehingga 2.4 billion pound seperti apabila digabungkan sedozen kekayaan busineesman yang lain...


July 30, 2010

Ikan Pari Terbang di udara

Kebiasaannya kita tengok ikan Pari hanya berada di bawah air...Kali ni kita tengok pula percubaan ikan pari untuk terbang...Ikan pari ni dah berjaya terbang 3 meter dari paras air laut sebelum jatuh balik ke dalam laut...Gambar ni telah dirakamkan oleh jurugambar Roland dan Julia Seitre di Costa Rica, Amerika Tengah...Ikan pari ni dipercayai boleh membesar sehingga 25 kaki (across) dan berat sehingga 5,100 lb.

Seekor ikan pari yang mengibas-ngibas seperti burung yang terbang...

Dua ekor ikan pari melakukan sommersault sebelum jatuh ke dalam air