Showing posts with label Hadith Palsu. Show all posts
Showing posts with label Hadith Palsu. Show all posts

August 11, 2010

Hadith Palsu Kelebihan Terawikh | Berhati-hati

Walaupun baru sehari kita menyambut Ramadhan, puasa kita untuk hari ni pun tak habis lagi. Dah ada pihak-pihak yang cuba untuk memesongkan akidah umat Islam dengan menyebarkan Hadith palsu. Aku pun baru tahu lagi info pasal penyebaran hadith palsu ni lepas aku menjenguk entry video Hadith Palsu tentang kelebihan terawikh oleh Joegrimjow pagi tadi.


Makluman kepada yang masih tidak tahu mengenai hadith ni, hadith ni telah pun disahkan palsu oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Dan aku juga ada terjumpa bloggers yang dah pun postkan entry mengenai hadith palsu ni di blog mereka. Dengan kepesatan pengunaan teknologi zaman kini penyebaran Hadith Palsu ni tersebar dengan begitu meluas. Jadi sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi maklumat mengenai penyebaran Hadith Palsu ni kepada orang ramai.

Antara isi kandungan hadith palsu ini adalah:

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
  • Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
  • Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
  • Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
  • Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Aku tak senaraikan sehingga malam ke-30. Kalau korang nak tengok lagi hadith palsu ni boleh jenguk kat entry video Hadith Palsu tentang kelebihan terawikh oleh Joegrimjow. Kat situ ada full info pasal hadith ni.
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Aku pun tak tahu la siapa yang sanggup buat penipuan macam ni. Info lebih lanjut boleh didapati dari laman web JAIS. Bulan-bulan Ramadhan pun ada juga orang nak memalsukan hadith ye. Hmmmm...