Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

May 21, 2016

Buffettology - Mary Buffett & David Clark


Buffettology oleh Mary Buffett & David Clark.


Aku baru sahaja habis baca buku ni yang banyak menceritakan tentang teknik-teknik pengiraan untuk ekuiti yang di beli dan juga teknik-teknik yang digunakan oleh Warren Buffett berdasarkan pemerhatian oleh Mary Buffett dan juga David Clark.

Untuk pengetahuan, buku ini memang tak melibatkan Warren Buffett tetapi ini adalah penulisan oleh Mary Buffett yang merupakan bekas menantu Warren Buffett. Disebabkan Warren Buffett amat mengalakkan anak-anak dan menantu melabur saham secara tak langsung semua ahli keluarganya terlibat dalam pelaburan saham. Dan disebabkan itu, Mary Buffett cuba untuk berkongsi tentang teknik-teknik yang sering digunakan oleh Warren Buffett dalam pelaburan saham.  Bagi aku, buku ini amat penting untuk mereka-mereka merancang untuk mengaut keuntungan dalam jangka masa yang panjang. Kebanyakan teknik yang digunakan oleh Warren Buffett adalah untuk mengaut keuntungan dalam masa sekurang-kurangnya 10 tahun. Juga diterapkan dalam buku ini cara-cara dan masa yang sesuai untuk membeli sesebuah ekuiti.

Pelbagai kriteria yang digunakan oleh Warren Buffett dalam "VALUE INVESTING". Teknik Warren Buffett yang amat popular. Bagi aku, cukup mudah untuk memahami penulisan Mary Buffett dan David Clark. Bahasa yang digunakan cukup mudah dan mereka yang mungkin baru berjinak-jinak dengan pelaburan saham aku rasa perlu memiliki buku ini untuk mengetahui lagi cara investing yang betul dan mengaut keuntungan melalui "STOCK COMPOUNDING".



September 18, 2015

Sales ! For Non-Sales People by Robert Ashton



SALES ! For Non-Sales People by Robert Ashton. Aku cukup tertarik dengan buku ni. Mula-mula tu aku tengok tajuk buku dah macam buku marketing. Tapi bila aku baca, makin menarik. Buku ni bukan untuk mereka-mereka yang terlibat dalam sales ataupun marketing. Tapi boleh digunakan oleh semua orang. Sebab banyak panduan dari segi marketing atau sales yang diterapkan yang boleh kita gunakan untuk kegunaan selain dari tujuan jualan.


Dalam buku ni, penulis lebih menerapkan cara macam mana kita gunakan konsep atau aplikasi yang selalu digunakan dalam marketing atau jualan untuk menjual diri kita dalam apa-apa job interview.

Selain tu, penulis juga menekankan pada teknik- teknik yang perlu dititik beratkan dalam berkomunikasi. Cara untuk memenangi hati ataupun customer bagi mendapatkan sales.

Kalau korang baca buku ni, buku ni lebih berbentuk persuasive ataupun mendesak. Penulis banyak menekankan tentang cara bagaimana kita perlu menjual diri kita untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan ataupun jualan. Malah untuk berjaya dalam karier kita. Selain penggunaan teknologi dan teknik-teknik 'presentation' dan penggunaan body language yang betul. Sebagai first impression orang terhadap kita.

Bagi aku, buku ni best. Seronok untuk dibaca. Senang untuk dipraktikkan. Aku beli buku ni kat Borders, The Curve, Damansara. Harga RM59.90. Memang sangat berpuas hati. Tambah-tambah kalau kita nak improve diri dalam memperkenalkan diri kita dan meningkatkan keyakinan diri.

September 12, 2015

Saiful Nang - Kisah Orang Menang




Saiful Nang - Kisah Orang Menang hasil nukilan oleh Saiful Nang sendiri. Apa yang ditulis dalam buku ni mengisahkan tentang kisah hidup dan pandangan peribadi Saiful Nang sendiri. Jatuh bangun beliau dalam perniagaan senhingga sukses dengan perniagaan fotografi beliau melalui syarikat beliau Candid Syndrome

Aku cukup tertarik dengan kisah beliau. Bila pertama kali beliau terlibat dalam industri fotografi dengan hanya berbekalkan kamera DSLR yang dipinjam oleh seorang rakan. Sehingga lah beliau mampu memiliki kamera sendiri. Dan akhirnya membuka syarikat beliau sendiri. 

Padat dengan pandangan peribadi beliau. Komen terhadap mereka-mereka yang salah menjustifikasi diri beliau. Dan jawapan terhadap segala kritikan yang ditujukan pada beliau. 

Cara bagaimana beliau mendidik anak beliau Orked. Yang aku paling suka. Tapi kalau nak cerita panjang-panjang pun tak seoronok jugak kan. Yang penting korang dapatkan dekat kedai buku yang terdekat. Semua dalam buku tu hasil tulisan beliau sendiri yang sebelum ni beliau tulis dalam blog.  Sekarang ni beliau aktif menulis pandangan peribadi beliau di Facebook.

Worth to read !

May 31, 2012

Tamat sudah WTF? 23 Properties by 30


Habis jugak aku baca buku WTF? 23 properties by 30. Salah satu bentuk investment yang sebelum ni aku memang tertanya-tanya. "How to start a property investment?" Akhirnya semua terjawab dalam buku ni. Kebetulan time aku pergi KL hari tu dapat jugak aku beli buku ni. Sebab dekat Kota Bharu ni masih lagi tak sampai. Mungkin akan ambil masa 1,2 bulan lagi kot.


Mungkin satu hari nanti aku harap dapat la berjumpa dengan penulis buku ni Faizul Ridzuan macam bro Eyriqazz kita, yang dah berjumpa dengan beliau baru-baru ni. Rujuk entry Jumpa Penulis WTF? 23 properties by 30.

Komen aku tentang buku ni,

Memang sangat-sangat padat dengan info mengenai pelaburan dalam bidang. Cara untuk mulakan satu-satu pelaburan. Walaupun dengan bermodalkan RM2k. Apa-apa pun semestinya dengan usaha. Dan dalam buku ni jugak diceritakan segala pengalaman penulis dalam pelaburan. Kalau korang tak percaya boleh la beli. Sangat menguntungkan untuk tambah ilmu dalam bidang pelaburan.

May 28, 2012

WTF? 23 properties by 30 dan The Money Book


Macam selalu, kalau aku pergi ke Mid Valley Megamall memang takkan tak pernah tak singgah ke MPH bookstore. Cuma semalam aku terkejut sebab bila aku cari MPH bookstore kat level ground tu, Uniqlo dah ambik alih tempat kedai asal MPH tu. Ingatkan MPH dah bankrup. Rupanya diorang dah pindah kat tingkat bawah, LG. Mungkin nak save sewa kedai kot. Hehehe.


Hasilnya, tertangkap la dua buah buku ni. Satu buku WTF? 23 properties by 30 yang sememangnya kalau tunggu nak sampai KB memang lambat la. Dan satu lagi The Money Book. Cukup la dua buku dulu. Takut tak terbaca pulak nanti. Hehehe.


May 8, 2012

Tamat sudah pembacaan Rich Dad, Poor Dad


Tamat sudah. Habis jugak aku baca buku yang bertajuk Rich Dad, Poor Dad hasil tulisan Robert T. Kiyosaki dan diterjemahkan oleh PTS publications. Lepas dah baca buku ni, memang betul-betul membuka pemikiran aku tentang konsep kewangan yang sebenar. Kalau sebelum ni memang aku tak boleh bezakan sangat antara :

1. Aset
2. Liabiliti

Tapi lepas dah baca buku tu dengan penerangan yang lebih mendalam memang senang untuk faham dan mengubah persepsi aku terhadap sistem kewangan yang kita ada.


Secara ringkas, kita selalu diterapkan dengan pemikiran yang perlu belajar di universiti, dapat keputusan cemerlang. Lepas tu, dapat pekerjaan yang menjamin masa depan. Lepas tu kerja, bayar bil, bayar cukai sampaikan kita tak ada peruntukan diri sendiri. Seperti mana aku jugak macam tu la. Tapi bila dah baca buku ni membuka pemikiran aku dari pemikiran konvensional terhadap kewangan.

Jadi kalau nak tau lagi apa isi kandungan buku ni. Korang boleh la dapatkan buku ni kat pasaran. Memang berbaloi. Harga pun tak mahal, dalam RM 21.00 je. Sangat berbaloi dengan nilai ilmu yang dapat dalam buku tu.

P/S : Menambah pengetahuan dalam bidang kewangan pula. :)

May 6, 2012

Rich Dad, Poor Dad | Dalam proses pembacaan

Rich Dad, Poor Dad. Aku rasa ramai yang dah baca buku ni. Aku dah baca dulu. Kalau tak silap tahun lepas. Download PDF version kat internet. Sebab dah lama baca aku beli satu semalam. Version Bahasa Melayu. Senang untuk jadi rujukan.


Buku ni memang aku rasa patut korang miliki. Untuk beri pengetahuan lebih pasal selok belok kewangan yang perlu kita tahu. Yang selama ni kita selalu terikut-ikut dengan pandangan yang sama. So, buku ni memberi kita peluang untuk kita berfikir di luar dari lingkungan pemikiran kita selama ni. 

Semalam, aku jenguk website bro Eyriqazz pasal buku hasil dari tulisan Faizul Ridzuan. Yang bertajuk WTF? 23 properties by 30. Wow. Kalau tengok tajuk tu je membuatkan kita makin nak membeli-beli buku ni. Sebab nak tahu rahsia saudar Faizul ni. Tapi bila aku dah cari kat kedai buku di Kota Bahru ni. Memang tak ada la. Sebab kalau kat KL pun dah berebut-rebut. Kat sini lagi la.

Jadi kena tunggu je la.