July 16, 2015

Tukang Jam Ibrahim, Kota Bharu

Pengalaman tu penting. Ni cerita siang tadi. Aku ke kedai seorang pak cik ni. Memang dah selalu sangat aku pergi ke kedai pak cik ni. Sebab bila jam aku rosak, pak cik ni tak pernah mengecewakan. Pernah sekali, time jam G-Shock aku rosak. Banyak kedai yang aku pergi, tapi semua cakap jam tu dah tak boleh nak baiki. Sekali bila aku pergi ke kedai pak cik ni elok je dia repair. Alhamdulillah, sampai sekarang okay. Tak ada masalah.

Kedai pak cik ni simple je. Tak perlu kedai besar-besar. Cuma perlukan tempat kat bawah tangga. Sangat simple. Tapi kerja teliti. Hasil tak pernah mengecewakan. 




Tapi kedai ni bukanlah kat Kuala Lumpur. Tapi kat Kota Bharu, Kelantan. Sape-sape yang kat Kota Bharu tu, boleh la datang repair jam kat sini. Senang je nak cari kedai pak cik ni. Kedai dia berdepan dengan Syarikat Jaafar Rawas berdekatan dengan Bangunan Pas. 

InsyaAllah, kalau ada masalah dengan jam tak kira la digital ke mekanikal ke. Pak cik ni boleh tolong repair.

** Kadang-kadang kan, kedai-kedai besar cas lagi mahal. Tapi kita sanggup bayar. Betul tak?

3 comments:

Pijah Yusof said...

pak cik ibrahim cakap terima kasih kat awak cik aizatshafiq, dia kata leoas awak tulis en3 ni ramai datang kedai dia.
Dia minta awak punya no telefon untuk ucapkan terima kasih, tak ada no pho e kan..so kalau boleh awak contact lah pak cik ni..dia cakap nama awak shafiq aizat..so saya google lah..

aizatshafiq said...

@pijah yusof

ooo.. ye ke..sama-sama..
saya cuma tolong yang mana boleh je..
:)

matle_atwork said...

Terbaek aizat shafiq ... kebetulan saya tengah cari kedai baiki jam sesama muslim sekitar kota bharu ni ... thanks n bravo bro