April 29, 2015

Masih ramai yang tak faham GST.


GST. Good & Services Tax.

Ramai lagi yang tak faham sebenarnya. Bila Mawar Rashid, peserta Dewi Remaja bagi komen pasal GST. Aku terkejut. Info pasal GST ni sebenarnya ramai lagi yang tak tau. Mungkin mereka-mereka yang tak ambil tahu pasal perkembangan Malaysia. Aku agak kecewa kat situ.


Sebab?

Sebab kami generasi muda yang akan mewarisi semua yang berlaku pada hari ini. Kalau tak ikut perkembangan semasa, macam mana kita nak corak masa depan. Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak kisah pasal kenaikan harga barang. Dan mungkin juga ada yang mengatakan kita yang perlu berusaha untuk berjaya. Tapi tak semua diberikan rezeki sebegitu. Mungkin rezeki mereka di salurkan melalui orang lain.  Sebab tu kita selaku umat Islam kena saling bantu-membantu.

InsyaAllah. Rezeki kita makin bertambah-tambah. Kadang-kadang aku risau, bila ada sifat riak dalam diri. Nauzubillah.

No comments: