March 5, 2015

2 kehilangan iPhone yang berbeza


Dah lama sebenarnya aku tak naik LRT time peak hour. Terutamanya time kerja. Dua hari ni sibuk, bila aku kena pergi ofis. Cuti offdays 2 minggu tu macam kejap sangat. Campur pulak vacation 3 hari kira okay la. Tapi penat. Sebab balik offday kali ni travel memanjang. Start dari mula-mula turun 19hb Februari hari tu lagi.

Kerteh - Kota Bharu - Kerteh - Kuala Lumpur

Ahad malam dah nak bergerak balik Kerteh balik. Kerja pulak. 


Tadi aku jumpa rakan sekerja kat ofis la. Dapat tau yang handphone dia kena curi. Dalam keadaan orang yang ramai dekat LRT station. Handphone tu dia letak dalam handbag tapi penyeluk saku sempat je buat kerja. Tambah-tambah time orang ramai macam time peak hour macam balik kerja petang tadi.

Bukan apa, handphone tu dah hilang. Cuba bayangkan kalau ada sesuatu yang bersifat peribadi dalam handphone tu. Tak ke naya. Nanti tak pasal-pasal heboh satu media sosial. Tu tak termasuk kalau kita simpan maklumat-maklumat kerja ke. Tak pasal-pasal. Tapi nak buat macam mana. Mungkin bukan rezeki kita. Yang penting kita kena lebih berhati-hati.


Satu lagi kes pasal handphone hilang ni budak serumah aku. Tapi handphone bukan kena seluk saku la. Handphone nie terjatuh Gunung Nuang. Time hiking. Tapi Alhamdulillah dapat balik. Tu pun sebab orang yang jumpa tu pulang balik. Lagi satu sebab orang yang jumpa tu tolong charge kan handphone. Jadi boleh la guna application Apple, Find iPhone. Boleh track la kat mana iPhone tu. Senang jugak. Thanks kepada orang yang jumpa phone tu. Siap post dekat Facebook lagi. Good attitude. Sekurang-kurangnya masih lagi ada orang yang jujur kan.

2 kes kehilangan handphone berbeza. Yang penting kat sini kejujuran. Kalau penyeluk saku tu kita potong tangan, laksana hukum hudud. Agak-agak ada lagi tak orang nak seluk saku?


p.s : gambar tu ihsan daripada Google images.

No comments: