Kereta api halaju tinggi yang menghubungkan antara Malaysia dan Singapura adakah diperlukan di Malaysia untuk masa sekarang?
Itu yang menjadi persoalan aku. Adakah perlu Negara kita untuk memiliki kereta api halaju tinggi yang bakal menelan kos berbillion ringgit. Adakah betul-betul menjadi keperluan untuk negara kita? Aku bukan tak setuju dengan pembinaan kereta api laju di negara kita, tapi adakah itu menjadi keperluan untuk masa sekarang? Sedangkan penggunaan kereta api ni kita tahu yang mungkin memakan masa lebih jika dibandingkan dengan penggunaan kapal terbang.
|
The Straits Time |
- Berapa ramai rakyat Malaysia yang akan gunakan kemudahan kereta api laju ini?
- Berapa kos yang akan digunakan untuk membina kereta api laju ni. Sebab yang aku tahu bakal menelan berbillion ringgit. Sedangkan tak ramai yang guna kemudahan ini.
- Berapa harga tiket yang akan dikenakan? Sebab sekarang dengan adanya kapal terbang tambang murah. Lagi senang kalau gunakan kapal terbang. Dah la murah. Jimat masa.
- Berapa lama masa yang bakal diambil untuk sampai ke Singapura. Kalau ikut penjelasan dari Tan Sri Syed Hamid Albar masa yang akan diambil untuk perjalan dari Kuala Lumpur ke Singapura hanya 90 minit. Kalau termasuk dengan tempoh menunggu dan imigresen mungkin 2 1/2 jam. Lama tu. Kalau kapal terbang? Aku rasa lagi singkat.
Kan?
4 comments:
Assalamualaikum...
Saya student master of science in railway engineering dari uthm. untuk pengetahuan anda program ini adalah yang pertama dalam asia tenggara setakat ini. saya x pasti andai ada universiti luar negara selain asia tenggara yang turut menawarkan program ini.
untuk pengetahuan anda juga, high speed rail (HSR) ini adalah sangat penting kepada Malaysia. banyak impak-impak positif yang boleh diterima hasil daripada projek ini. anda boleh google dan baca dari sumber2 yang sahih untuk mendapatkan contoh impak2 yang diterima daripada projek ini. ataupun anda boleh cuba untuk memohon course yg ditawarkan oleh uthm ini untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang impak2 HSR ini.
tentang soalan-soalan yang anda bangkitkan itu, anda boleh cuba bandingkan dengan negara jepun dan negara china. jepun dan china mempunyai jaringan trek keretapi yang sangat baik. malah, keretapi laju di jepun sendiri sudah memasuki ulangtahun ke-50. untuk malaysia mencapai negara maju pada tahun 2020, adalah penting untuk keretapi laju ini diadakan. ini kerana jika anda lihat, kesemua negara-negara maju mempunyai jaringan trek keretapi yang bagus.
perbandingan keretapi dengan kapal terbang. kapal terbang adalah sangat baik untuk perjalanan yang sangat jauh, contohnya KL-New York. tapi, untuk perjalanan yang lebih dekat, contohnya KL-JB/singapore, keretapi adalah pilihan terbaik. untuk menaiki kapal terbang, anda perlu berada di terminal sekurang-kurangnya sejam sebelum berlepas. kemudian, anda perlu melalui pelbagai procedure sebelum menaiki kapal terbang. apabila kapal terbang sudah memulakan perjalanan, anda akan merasai sedikit ketidakselesaan disebabkan perbezaan tekanan di udara. setelah mendarat, anda masih lagi perlu melalui beberapa procedure sebelum dapat pergi ke tempat yang dituju. berbanding dengan keretapi laju, anda hanya perlu beli tiket, dan tiba sekurang-kurangnya 10 minit sebelum keretapi tiba untuk mengelakkan ketinggalan keretapi. setelah tiba di destinasi, anda boleh terus pergi ke tempat yang dituju tanpa sebarang procedure. malah, tiket kapal terbang juga agak mahal.
berkenaan isu mempertingkatkan lagi kualiti ktmb, untuk pengetahuan anda, ktmb memang sedang mempertingkatkan lagi kualitinya. contohnya, ktmb telah membeli keretapi dengan design speed 160km/h yang akan diletakkan untuk perjalanan KL-Butterworth. keretapi tersebut sedang dalam proses ujian sebelum boleh digunakan menjelang Jun 2015. walaubagaimanapun, ktmb kini sedang dalam proses membaik pulih trek ke pantai timur yang terjejas dan rosak disebabkan banjir yang berlaku baru-baru ini.
anda juga perlu tahu, keretapi di malaysia bukan ktmb semata-mata. sistem komuter, LRT, MRT turut dikategorikan sebagai keretapi. dan sistem2 ini juga wujud di setiap negara-negara maju. hanya sistem keretapi laju sahaja yang ada di negara maju tetapi belum ada di Malaysia.
tahukah anda bahawa keretapi adalah sistem pengangkutan yang paling selamat di dunia? keretapi laju tidak pernah mengalami kecelakaan disebabkan kelajuannya, tetapi keretapi mengalami accident disebabkan kecuaian manusia. anda boleh merujuk kepada insiden2 yang berlaku, contohnya, accident keretapi di sepanyol beberapa tahun lepas.
akhir kata, maaf atas komen yang terlalu panjang lebar ini. sebaiknya, anda datang ke uthm dan berjumpa dengan mereka yang lebih tahu tentang hal ini untuk info yang lebih lanjut.
p/s:tiada unsur politik langsung dalam komen ini. hanya atas dasar pengetahuan saya yang masih cetek. tq
@Muhd Syarafuddin
Thanks untuk komen dan penjelasan tuan tentang HSR ni. bukan saya katakan yang HSR ni langsung tak memberi kesan baik terhadap pembangunan Negara. Tapi kalau difikirkan kembali adakah ini masa yang sesuai?
Contohnya MRT yang menelan perbelanjaan sehingga berbillion ringgit. Apa kata kalau digunakan untuk mempertingkatkan lagi jaringan LRT yang sedia ada. Improving. Rasanya mungkin takkan menelan kos yang begitu tinggi.
Pertanyaan yang saya tanya adalah adakah sesuai untuk melancarkan projek mega seperti ini?
Justifikasi yang dilakukan adakah ia menjadi keperluan buat masa sekarang?
Saya juga seorang pelajar kejuruteraan, untuk melancarkan sesuatu projek sudah tentu kita perlu melihat dari segi ekonomi. Adakah sesuatu projek itu ekonomik? Dan berapa lama masa yang diammbil untuk memberikan pulangan. Untuk keadaan sekarang dengan kejatuhan mata wang ringgit Malaysia, dengan defisit hutang yang sedia ada, adakah perlu untuk kita lancarkan satu lagi projek mega seperti ini?
Saya lagi setuju kalau kita hold dulu projek sedemikian. Fokus pada satu-satu perkara sebelum lancarkan projek mega. Bukan kerana hanya nak mengejar Negara maju tahun 2020 tapi apa yang penting kestabilan ekonomi negara kita.
Terima kasih untuk komen tuan yang sangat membina.
:)
sama-sama tuan Aizat Shafiq
berkenaan masa yang sesuai atau tidak tu saya x boleh komen sebab bukan bidang saya. maaf tuan.
berkenaan LRT dan MRT, sebenarnya memang projek LRT dan MRT sedang dipertingkatkan. LRT sedang dalam proses menambah 26 stesen baru (kalau x silap saya). ini saya dengar sendiri daripada pihak prasarana. MRT pula telah memulakan projek MRT 2. memang negara kita telah mula meningkatkan sistem jaringan trek keretapi.
dari segi ekonomi, sememangnya HSR ni dibina untuk meningkatkan lagi jaringan ekonomi. bayangkan, anda boleh berjumpa dengan orang di KL pada waktu pagi dan hanya memerlukan sejam setengah untuk berjumpa dengan orang di JB pula.
walaubagaimanapun, ada betulnya yang anda katakan. masa yang diambil untuk memberikan pulangan pastinya sangat lama. ditambah lagi dengan masalah2 politik di malaysia yang x pernah sunyi dari masalah. tapi pada pendapat saya, kalau bukan sekarang, bila lagi? sebab projek ini telah lama dirancang dan bukan semata-mata menggunakan duit negara. malaysia ada hubungan yang istimewa dengan negara2 seperti china dan jepun yang mana projek2 seperti ini juga memberi sedikit kelebihan kepada malaysia. baru2 ni lecturer saya ada memberi contoh hubungan istimewa china dengan malaysia dengan menjadikan projek jambatan kedua P.Pinang sebagai contoh. jambatan P.Pinang ke-2 dibina oleh syarikat kontraktor dari china. untuk projek HSR ini, kita tiada kepakaran dari malaysia, jadi mungkin syarikat2 dari jepun atau china akan diberi tender untuk pembinaan HSR ini. projek KLIA Express adalah hasil dari teknologi german.
berkenaan ekonomi ni terlalu banyak benda yang kita tidak tahu kerana ia melibatkan hubungan antara negara, kos pekerja dan pembinaan, kos teknologi, technology transfer dan macam2 lagi. jadi memang susah nak dijelaskan dengan baik.
sebagai rakyat malaysia, kita cuma boleh berharap pihak berwajib menjalankan kerja mereka dengan betul dan bukan sekadar memenuhkan poket masing2. maaf kalau ayat agak complicated sebab susah nak terangkan betul2 dalam komen ni.
p/s:sambunglah master railway kt uthm. insyaAllah banyak peluang kerja memandangkan banyak projek tentang keretapi ni. manalah tau ada rezki kita terlibat dengan projek HSR ni nanti. hehe.. (^_^)v
@Muhd Syarafuddin
Kita lain bidang ni tuan..walaupun sama-sama dalam bidang kejuruteraan.. hehehe..
apa - apa pun thanks sebab komen.
:)
Post a Comment