July 26, 2014

Selepas 2 Tahun.

Post terakhir aku bertarikh 10.11.12. Lebih kurang 2 tahun yang lepas. Disebabkan masa dan mungkin juga kesibukan kerja aku tak ambik port sangat nak update blog. Banyak lebihkan ke arah media sosial lain. Facebook. Instagram. Whatsapp. Twitter. Jadi blog aku ni pun dibiarkan bersawang.

Dah lama jugak aku tak buka laman web blogger. Jenguk blog jauh lagi kan. Hahaha. 

Dah lama sangat tak berblog, aku rasa macam aku nak blog balik lah. Sekarang ni macam-macam isu yang ada. Tapi susah nak luah. Kalau dulu blog la jadi inspirasikan. Facebook dulu mana ada nak share-share bagai. Sekarang senang klik je share. Dah kira pendapat la tu. Tapi kalau blog ni lain sikit. Ade feel. Hahaha.


Dalam masa dua tahun ni macam-macam dah jadi. Banyak sangat perubahan. Banyak yang dah dicapai. Alhamdulillah. Semua tu rezeki dari Allah S.W.T. Dan aku rasa mungkin melalui blog juga lah aku boleh berkongsi dengan korang semua pengalaman aku. 

Anyway lepas ni tunggu next post dari aku. Aku pun nak jugak tips-tips dari korang. Ye la kan, 2 tahun beb bukan sekejap tu. Mesti skill-skill blogging korang dah hebat kan. 

So, apa kata kalau kita sharing-sharing. Kan sharing tu is caring. 😊

No comments: