March 13, 2012

Berjumpa rakan-rakan lama yang dah 8 tahun tak jumpa

Owh. Dah tinggal lagi sehari sebelum aku terpaksa offline untuk 2 minggu. So, blog ni pun akan bersawang selama 2 minggu. Sebab esok dah kena pergi ke Kerteh, Terengganu. Jadi hari ni, kena la menghabiskan masa sebaik-baiknya. Hehehe. Sebab lepas ni 2 minggu tak jumpa darat wooo. Tengok laut je kiri kanan. Maklum la, orang bekerja di dua alam. Memang la macam ni. Hehehe. Tapi apa pun, semua tu kerja. 

Semalam aku jumpa rakan-rakan lama sewaktu aku dekat MRSM dulu. Lebih kurang 8 tahun jugak la kitorang tak jumpa. Jumpa kali ni pun sebab datang untuk majlis perkahwinan kawan aku dekat Besut,Terengganu. Masing-masing dah berubah. Masing-masing dah ada kerjaya. Tak macam dulu main sama-sama, belajar-belajar sama-sama. Tapi selepas 8 tahun, masing-masing dah ada kerjaya. Cepat sungguh masa berlalu kan.


Salah sorang dari kawan aku diterima untuk bekerja di Jepun. Sebagai jurutera di Toyota, Nagoya. Hebatkan. Yang lain pulak ada yang sambung Masters. Tak kurang juga yang dah mendirikan rumahtangga. Cuma kali ni aku tak jumpa ramai. Setakat 5 orang je. Sebab yang lain sibuk dengan tugas masing-masing. Dan juga sebab diorang ni tak dapat cuti. Jadi tak boleh nak join kenduri kali ni.

Apa-apa pun, aku ucapkan tahniah kepada pasangan pengantin, Faiz dan Fatihah. Semoga berbahagia ke anak cucu. 

8 comments:

aku HaniAsyira said...

selamat pulang ke laut.. =)

aizatshafiq said...

@HaniAsyira

Thanks...
;)

Hanie Dew said...

woaaa..amfibia ek. hahah eh eh sori gurau je.

ko keje kat pelantar minyak ke.

best kawan ko dpt keje kat jepun. angan angan aku tu nk keje kat sana.

ramai orang kawin lately..aku suke part makan tu. bahaha.

aizatshafiq said...

@Hanie Dew

nampak gayenye mcam tu la...golongan amphibia jugak kot...
hehehe..
tu la...rezeki dia dapat kat jepun...best kan...
:)

Faizalpj said...

ko keja offshore esso ke skrg..mana .com tukar blogspot ke..ada lubang keja tak

ProfHariz said...

Kacak jugak hang ni noh :P

aizatshafiq said...

@faizal

tak renew hari tu..
so, sekarang address tu dah kena ambik..
tu yang tak boleh nak tukar balik kepada [dot] com tu...

aizatshafiq said...

@profhariz

errr...
ko minat lelaki ke?...
melepas plak neelofa nanti..
hahahahaha