December 10, 2010

Pagi Jumaat di Pantai bersama dengan Nasi Kerabu Ayam Bakar

Hari Jumaat. Kalau kat negeri Terengganu ni. Hari ni dah cuti. Weekend. Best la kan. Hehehe. Rehat je kat bilik. Pagi ni, lepak-lepak kat beach. For the first time aku pegi beach pukul 7 pagi. Sebelum ni pun tak pernah lagi nak pergi ke pantai pukul 7 pagi. Awal kan?

Ni bukan gambar yang aku ambik. Ni gambar google je. Hehehe.

Ingatkan pergi ke pantai pagi tadi, boleh la nak tengok sunrise. Tapi tak dapat la pulak. Sebab kabus tebal. So, lepak-lepak je la kat pantai tu. Tengok-tengok ombak. Macam korang tahu, sekarang ni memang musim tengkujuh. Kira macam winter la kat sini. Jadi, ombak kat pantai tadi memang tinggi. Tapi yang frustnye, aku tak bawak kamera. Tak ambik la gambar. Kalau ambik gambar dengan phone pun tak berapa nak clear. Huhuhu.

Balik je dari pantai Batu Rakit pagi tadi. Aku dengan member aku, lepak kedai makan. Sebelum balik ke residence tempat aku tinggal. Makan Nasi Kerabu ayam bakar sekali dengan teh tarik. Perghh. Memang sedap. Tempat tu memang popular. Memang ramai orang pergi. Sebab tu aku singgah kat situ.

Amacam? Terliur tak? Hehehe. Gambar ni member aku ambik. Sedap kan? =p

2 comments:

Kalamhati said...

Ambuih sedaknyooo..hehe

aizatshafiq said...

@kalamhati

hehehehe....
=)