February 15, 2012

Sebelum perjalanan yang jauh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Petang ni dah nak memulakan perjalanan ke Kerteh. Esok awal-awal pagi lagi dah kena check in kat Lapangan Terbang Kerteh, seawal 6.30 pagi. Sebabnya, memang selalu macam tu lah untuk meraka yang kena crew change untuk hari itu. Flight pulak tak tau pukul berapa. Tengok kepada MHS mahupun Weststar.


Sebelum meninggalkan darat selama 2 minggu. Aku kena lah pastikan segala yang diperlukan di bawa. Kalau tertinggal satu barang, tunggu la lagi 2 minggu baru lah baru dapat. Tu pun dah kena balik rumah. Jadi sebelum menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang tu kena lah make sure semua dah bawak.

As usual, kena la periksa betul-betul nak bawak apa. As a regular crew. Aku tak perlu bawa banyak barang pun, sebab ade jugak barang-barang yang aku dah tinggalkan kat sana. Jadi beg tak la berat sangat. Sebab nak naik chopper limit barang boleh bawak lebih kurang 20lbs je. Bersamaan dengan 9kg je. Berat mana la sangat tu kan. Tak sampai pun berat sekampit beras.

Biasa la, nak mulakan kerja kena lah dengan azam bersungguh-sungguh. Kalau tak nanti bosan la pulak. Al- maklum je la. Selama 2 minggu duduk kat atas tu tengok laut je. Boleh la tenangkan fikiran sket. Walaupun pada hakikatnya, bila nak pergi kerja ni macam malas je. Tapi tu lah pengorbanan yang perlu dilakukan demi mencari rezeki yang halal. 

Ok lah. Aku pun nak kemas-kemas barang. Petang karang nak gerak dah. Takut ada pulak barang-barang yang tertinggal. Susah pulak nanti. 

p/s : Last trip aku dah tertinggal barang. Sebab tu tak nak benda ni berulang 2 kali. Hehehehe.

Malware dalam blog aku. | Solved

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masalah Malware? Biasa la tu. Sampai blog aku pun dah kena berjangkit dengan Malware. Aku pun cuba la cari sumber yang menyebabkan blog aku kena malware. Dari semalam. Tak jumpa jugak. Sampai kan ada seorang pengunjung blog aku Affan Ruslan tegur yang blog aku ada malware.


Tapi memang betul la. Sebabnya, ada gambar dalam blog aku yang dihoskan oleh photo.blogpressapp.com. Mana la aku nak jumpa kan? Banyak kot gambr dalam blog aku. Kalau setakat 2,3 keping tu ok lagi. So, hari ni teruskan mencari. 

Dan hasilnya, aku berjaya hilangkan malware dalam blog aku. Sumber utama, sebab aku update blog guna iPad apps, blogpress melalui iPad. Jadi gambar-gambar yang diupload melalui blogpress apps tu yang menyebabkan malware kat blog aku. Actually bukan malware pada blog. Tapi blogpressapp.com tu sendiri. Sebab Google cakap yang web blogpressapp ni memang web yang selalu sebarkan malware.

So, kena lah berhati-hati. Maklum la, bila dah ade virus ni. Macam-macam. Menyusahkan.