RTM dilabel penipu?...
Macam yang korang tahu...RTM telah diberikan lesen untuk menyiarkan siaran langsung untuk perlawanan bola sepak di TV...Bagi golongan-golongan macam aku yang masih tak mampu nak pakai ASTRo memang terpaksa la tengok bola kat TV1 dan TV2...Tapi apa yang aku harapkan tak kesampaian...Sebab bukan semua perlawanan menarik yang di siarkan secara langsung oleh RTM...
Ramai yang marah...dan melabelkan RTM sebagai penipu disebabkan oleh iklan dan promosi yang ditunjukkan seolah-olah RTM akan menyiarkan siaran secara langsung kesemua 64 perlawanan...sebaliknya penjelasan yang telah diberikan oleh DAtuk Ibrahim Yahya yang merupakan Ketua Pengarah Penyiaran, Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menjelaskana bahawa RTM diberi hak penyiaran untuk 35 perlawanan sahaja...Selain itu RTM jugak mendapat hak siaran berlesen untuk 35 perlawanan, 24 akan ditayangkan secara langsung manakala 11 lagi adalah siaran ulangan...
Jadi bukan semua perlawanan akan ditayangkan secara langsung...Kepada mereka-mereka yang tak mampu nak pakai ASTRO macam aku terpaksa la pergi tengok kat kedai mamak ye...hehehehe...Sebab RTM tak siarkan secara langsung....jadi korang boleh tengok kat sini kalau nak tahu lebih lanjut pasal jadual perlawanan yang akan disiarkan oleh RTM...
Jadi lepas ni kita jangan la salah faham dengan RTM ye...Kesian kat diorang...Diorang dah cuba bagi yang terbaik...=)
Berita penuh korang boleh klik sini....