January 6, 2015

Harga Minyak dah turun, Harga barang turun tak?

Alhamdulillah, bermula 1 Januari 2015 hari tu kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak ke paras RM1.90 (RON95) , RM2.11 (RON97) dan RM1.93 (Diesel). Tapi adakah dengan penurunan harga minyak ni akan menyebabkan penurunan harga barangan runcit? 

Google
Korang pun tahu kan, bila harga minyak melambung naik macam hari tu, barang-barang pun start la naik. Tambah kalau barang keperluan asas. Pembekal dan peruncit cepat je kasi naik harga dengan alasan 

"eh, minyak dah naik dah sekarang, kos pun naik la". 

Tu  diorang cakap. Kalau minyak turun? Ada tak dengar yang diorang cakap,

"eh, minyak turun. Harga pun kena turun jugak ".

Memang susah la nak dengar kan? Tak pun langsung tak dengar. Sebab ape. Untung lagi banyak kot. Itu lah hakikatnya kan.

Tahun 2015 kita akan berdepan dengan GST yang akan dilancarkan April 2015. Tak lama dah tu. Kesan dari GST? Tunggu dan lihat. Kadang-kadang aku memang tak setuju dengan GST. Ya, aku tau yang GST memang memberi pulangan yang besar terhadap kerajaan Malaysia. Tapi sepatutnya sebelum dilaksanakan GST, kerajaan terlebih dahulu patut meningkatkan lagi kualiti dan taraf hidup di Malaysia. 

Itu pendapat aku.


December 12, 2014

TAHNIAH . Malaysia ke Final Piala AFF Suzuki 2014.


Tahniah Malaysia yang akhirnya melayakkan diri ke Final Piala Suzuki AFF 2014. Akhirnya setelah perubahan besar yang dibuat oleh Dollah Salleh lepas kekalahan dekat Stadium Shah Alam hari tu. Betul la kan. Sebab bila Dollah guna line up player macam kat Shah Alam hari tu macam tak ada perubahan langsung dengan skuad Rajagopal dulu.

Aku yang sendiri tengok dekat Stadium Shah Alam pun naik geram sebab player Malaysia yang main hari tu macam tak tunjukkan semangat langsung. Tapi semalam permainan Team Malaysia dah menunjukkan satu perubahan baru dan corak permainan yang lain kalau nak dibandingkan dengan hari tu.

Aku harap lepas ni Dollah Saller akan lakukan yang terbaik dan tak terlalu bergantung dengan player-player yang sama je. Buat pilihan yang terbaik. Sebab kalau penonton pun boleh tengok dan komen tentang cara pemain tu bermain. Apa salahnya kalau sekali-sekala kasi tukar.

Apa-apa pun tahniah buat Malaysia untuk ke final Piala AFF Suzuki 2014.